TAWAU:Tertubuhnya Ahli Jawatankuasa Penaja Bahagian DUN Sri Tanjong Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) pada 8 April semalam di Borneo Royale Hotel telah menjadi satu medan Politik yang tampak seperti akan ada pembaharuan drastik yang akan di bawakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Naim bin Haji Ahmat merangkap Ketua Penaja Bahagian Sri Tanjong.
Pembaharuan ini dapat dilihat melalui pemilihan AJK Penaja Bahagian Sri Tanjong yang telah disenaraikan sekaligus telah diberi tanggungjawab kepada pelbagai bangsa dan umur pada penyerahan watikah tersebut.
Naim berkata perpaduan dalam politik itu akan lebih seimbang dan lebih banyak idea baru dapat diperolehi apabila di dalamnya terdapat kepelbagaian dari segi agama, bangsa dan umur.
Beliau menambah prinsip yang perlu diamalkan setiap parti adalah semangat perkongsian, elemen hormat-menghormati, hargai perbezaan satu sama lain serta mengamalkan sikap toleransi.
Penerangan PGRS sekali lagi ingin merakamkan ucapan tahniah Kepada PGRS DUN Sri Tanjong.
Berikut adalah senarai AJK Penaja Bahagian Sri Tanjong yang terpilih.
— PENERANGAN PGRS
Add Comment