Home » Gagasan Rakyat Moyog santuni warga emas sempena Tahun Baharu Cina
Berita Gagasan Rakyat Politik

Gagasan Rakyat Moyog santuni warga emas sempena Tahun Baharu Cina

Mandela menyampaikan sumbangan kepada warga emas di majlis itu.

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) terus mendekati dan menyantuni masyarakat menerusi program Program Tahun Baharu Cina Bersama Warga Emas di Penampang.

Program anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Moyog tersebut itu telah diadakan di Donggogon di sini pada Sabtu.

Seramai 80 warga emas dari Persatuan Warga Emas Penampang hadir di Majlis ini. Mereka juga turut menerima sumbangan khas dari Ketua Bahagian Gagasan Rakyat bahagian Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Mandela berkata program seperti ini merupakan satu platform yang baik untuk mendekati rakyat, menyatupadukan orang ramai serta memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum pada setiap perayaan yang diraikan.



Di samping itu, “ia juga melambangkan Gagasan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai satu parti berbilang bangsa di negeri ini” ujarnya.

Pengerusi Persatuan Warga Emas Penampang Tuan Chong Fook Choi dan Timbalan Pengerusi Kapitan Hee Kwok Hung menyambut baik usaha ini dan berharap agar program-program mesra rakyat bersama warga emas lebih kerap dianjurkan di sekitar Moyog pada masa akan datang.

Turut hadir di Majlis ini, Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog, Datuk Aminah Ambrose, Ketua Pemuda Lee Ka Lik, Ketua Beliawanis Carmen Meldan, Naib Ketua Pemuda Glenn Anthony Labangka, Ketua Penerangan Beliawanis Lily Hiew serta AJK Bahagian dan AJK Pemuda.

TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment