Home » Lebih 100 penduduk Ranau sertai walkabout sempena Tahun Baharu Cina 2024
Berita GRS Politik

Lebih 100 penduduk Ranau sertai walkabout sempena Tahun Baharu Cina 2024

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyifatkan program Walkabout sebagai titian memantapkan hubungan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat tanpa membezakan kaum, agama, budaya dan ideologi politik.

RANAU: Lebih 100 orang menyertai Program Tinjauan Mesra atau ‘Walkabout’ sempena Tahun Baharu Cina 2024 untuk mengunjungi lebih 200 pemilik premis di pekan Ranau di sini.

Program itu adalah anjuran bersama parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahagian Ranau sebagai acara tahunan sepertimana sambutan perayaan lain seperti Krismas, Hari Raya dan Pesta Kaamatan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang menyertai program itu bersama pemimpin lain menyifatkan program Walkabout sebagai titian memantapkan hubungan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat tanpa membezakan kaum, agama, budaya dan ideologi politik.

“Kita harapkan agar program seumpama ini menjadi landasan kukuh memupuk perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan penduduk berbilang kaum.

“Inilah keunikan rakyat di sabah khususnya di Ranau ini, meskipun berlainan suku kaum, agama dan budaya namun, tetap boleh bersama duduk semeja dalam apa juga sambutan  kebudayaan yang ada,” katanya.

Hadir sama menyerti program itu ialah, Menteri Kewangan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan Penasihat Undang-Undang Dewan Perniagaan Tionghua Ranau serta  Persatuan Hakka Ranau yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan  Datuk Abidin Madingkir dan Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment