KOTA KINABALU: Pengarah Pendidikan Sabah yang baharu dilantik Raisin Saidin bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

“Saya berharap Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Raisin akan terus membantu kerajaan negeri ini dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di Sabah,” kata Ketua Menteri.

Raisin yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Pendidikan menggantikan Datuk Tah Nia Jaman.

Mengiringi Raisin ialah pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri.

EDITOR

Previous articlePemimpin masyarakat disaran kemaskini profil kampung – Redonah
Next articleKilang Pemprosesan Kelapa Bersepadu bernilai RM200 juta akan dibina di Kota Marudu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here