Home » Ahli Majlis Tertinggi MCA umum keluar parti sertai PGRS
Uncategorized

Ahli Majlis Tertinggi MCA umum keluar parti sertai PGRS

Datuk Chew Kok Woh juga adalah mantan Ahli Majlis Mesyuarat Presiden MCA Malaysia dan juga ketua bahagian MCA Batu Sapi.

Kota Kinabalu – Ahli Majlis Tertinggi MCA, Datuk Chew Kok Woh hari ini mengumumkan Keluar MCA, parti yang dianggotainya sejak 1991 bagi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) secara beramai-ramai bersama dengan 400 orang  Ke PGRS DUN Karamunting.

Beliau membuat pengumuman tersebut di pejabat Sandakan yang dihadiri oleh wakil -wakil media dan para penyokong.

” Slogan Sabah Maju Jaya YAB Ketua Menteri kita Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor serta ungkapan‘ kita jaga kita’ ,Sabah First,dapur kita, kita yang tentukan menu dan resipinya demi kesejahteraan Rakyat Sabah itu cukup merangsangkan dan memberi sinar harapan baru kepada Rakyat Sabah .”

“Rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama boleh bersatu dalam satu parti lokal yang berkonsep multiracial seperti Parti Gagasan Rakyat Sabah” ujarnya kepada wakil-wakil media.

Datuk Chew Kok Woh merupakan merupakan mantan Ahli Majlis Mesyuarat Presiden MCA Malaysia dan juga ketua bahagian MCA Batu Sapi.

Beliau yang aktif dalam dunia politik merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Sandakan merangkap penasihat syarikat edaran ADL dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu dari tahun 2015 hingga 2018.

EDITOR