Home » Exco Wanita Gagasan Rakyat lawat mangsa kebakaran di Kg Kesapang
Uncategorized

Exco Wanita Gagasan Rakyat lawat mangsa kebakaran di Kg Kesapang

SAMPAIKAN: Hasrina menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran sempena lawatan itu.

KOTA BELUD: Exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Hasrina Wati Datuk Golkhan mewakili Wanita Gagasan Rakyat Sabah bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Tempasuk Fadzilah Noordin melawat mangsa kebakaran di Kampung Kesapang, Kota Belud kelmarin.


Salah seorang mangsa yang terkesan daripada kebakaran yang melanda di Kg Kesapang, Kota Belud merupakan seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Kota Belud yang dikenali sebagai PBB Khairul.


Difahamkan rumah yang telah beliau diami bersama keluarga termasuk keperluan peribadi  hangus terbakar akibat kejadian itu.


Setelah menyantuni dan meluangkan masa mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian keluarga mangsa, Hasrina yang juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Usukan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai serta bantuan berupa bakul makanan mewakili Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda yang tidak dapat menyertai lawatan tersebut.


“Wanita Gagasan Rakyat amat bersimpati dengan kemusnahan harta benda milik PBB Khairul.


“Meskipun tidak mampu menyelesaikan semua masalah, Wanita Gagasan Rakyat berharap agar sumbangan yang disampaikan akan mengurangkan semua kesulitan dan dipermudahkan segala urusan.


“Semoga beliau dan keluarga terus tabah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian, ” kata Hasrina di kenyataan yang disiarkan di Facebook Penerangan Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat hari ini.


Rombongan amal itu turut disertai oleh AJK Wanita Bahagian yang mewakili DUN Usukan dan DUN Tempasuk.

EDITOR