Sipitang: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin bertekad untuk menarik sokongan rakyat terhadap parti itu melalui pelaksanaan pendekatan bersesuaian, selari dengan citarasa semasa terutama sekali pengundi muda dan golongan terpelajar.
Ketua Penaja Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin YB Datuk Dr Yusof Yacob berkata,beliau yakin usaha-usaha itu dapat dilaksanakan kerana Gagasan Rakyat mempunyai kelebihan tersendiri sebagai parti tempatan dengan barisan gabungan pemimpin-pemimpin berwibawa dari golongan professional yang berpengalaman dan kumpulan kepimpinan muda di seluruh negeri.
“Gagasan Rakyat akan mengubah pola dan landskap baru politik Sabah.
“Ini juga dibantu oleh kerja keras dan komitmen sayap- sayap parti iaitu Wanita, Pemuda & Beliawanis dalam mendekati dan menyantuni rakyat serta pengundi yang kini ada kemahuan untuk mendokong parti tempatan sebagai parti utama kerajaan negeri,” katanya kepada wakil media.
— EDITOR
Add Comment