Home » Gagasan Rakyat Bandau menyantuni masyarakat melalui program walkabout Tahun Baharu Cina
Berita Gagasan Rakyat Politik

Gagasan Rakyat Bandau menyantuni masyarakat melalui program walkabout Tahun Baharu Cina

Program anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Bandau itu telah diadakan di Pekan Kota Marudu di sini pada Ahad seterusnya menyantuni masyarakat setempat

KOTA MARUDU:Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Bandau telah mengadakan mengadakan program walkabout di Pekan Kota Marudu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di sini , Ahad.

Program ini diketuai Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau.

Maijol dan rombongannya menyantuni masyarakat sambil menghulurkan sumbangan buah limau mandarin.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan tarian singa.

Maijol yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat berkata, program walkabout ini merupakan satu inisiatif untuk mendekati rakyat serta memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama melalui perayaan.

Menurut beliau, program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat. Selain daripada mengeratkan silaturahim, Gagasan Rakyat Bandau juga berpeluang menyemai nadi rakyat dengan mengenal pasti isu-isu rakyat yang dekat di hati mereka.

Turut menyertai walkabout ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian termasuk sayap-sayap dan beberapa pemimpin dari parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH)

-Tamat-