Home » Hajiji bantu penunggang motosikal kemalangan di Likas
Berita Gagasan Rakyat Politik

Hajiji bantu penunggang motosikal kemalangan di Likas

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, turun daripada kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Tuaran, Likas. - NSTP/Johary Indan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan pegawainya membantu seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan di Jalan Tuaran, Likas, baru-baru ini.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke pejabat, apabila melihat berlaku kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah kenderaan di Jalan Tuaran, Likas.

“Saya bersama-sama dengan beberapa pegawai berhenti untuk membantu mangsa,” katanya menerusi hantaran ringkas pada media sosial rasminya.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih 30 saat yang dikongsikan Hajiji, beliau bersama-sama pegawai dan pengawalnya membantu mengalihkan motosikal terbabit ke tepi jalan raya.

Beliau bersyukur tiada kecederaan yang serius berlaku kepada mangsa kemalangan.

— Johari Indan