Home » Gagasan Rakyat Kuamut salur bantuan kepada mangsa banjir
Berita Gagasan Rakyat Politik

Gagasan Rakyat Kuamut salur bantuan kepada mangsa banjir

Mewakili Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut, Jahiah @ Jalilah (tiga dari kanan) turut ditemani oleh Ketua Pemuda Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut Willypros Dorinsuk (dua dari kiri) dan Ketua Beliawanis Bahagian Khalidah Binti Mahalil (empat dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Datuk Ceasar Mandela Malakun (tiga dari kiri) di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, ITCC .

PENAMPANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Kuamut hari ini telah menyalurkan sumbangan dalam usaha membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan di sekitar Penampang.

Mewakili Datuk Masiung Banah selaku Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kumut, Ketua Wanitanya, Puan Jahiah @ Jalilah Apiang berkata, “Datuk Masiung amat bersimpati dengan mereka yang terkesan akibat bencana ini dan diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat membantu mereka yang terkesan dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir.”

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah .



Sumbangan berupa makanan kering, air mineral dan barangan keperluan asas seperti lampin bayi (pakai dan buang) ubat gigi, tuala dan selipar jepun diserahkan  kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog Datuk Ceasar Mandela Malakun di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, ITCC  untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang di sini.



“Kami akan cuba sedaya upaya membantu pihak kerajaan meringankan beban tugasan agensi-agensi pelaksana dan sukarelawan yang tidak putus-putus membantu mangsa-mangsa banjir tersebut”ujar beliau yang juga merupakan Exco Wanita Gagasan Rakyat Pusat.

Jahiah @ Jalilah turut ditemani oleh Ketua Pemuda Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut  Willypros Dorinsuk dan Ketua Beliawanis Bahagian Khalidah Binti Mahalil.

Hujan lebat berterusan sejak Ahad telah meyebabkan Penampang dilanda banjir dan merosakkan harta benda serta menenggelami  rumah dan sejumlah kenderaan.

Mangsa-mangsa yang terkesan telah dipindahkan ke PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment