Home » Gagasan Rakyat Tambunan sambut baik wujud BCAA
Uncategorized

Gagasan Rakyat Tambunan sambut baik wujud BCAA

Ketua Penaja Gagasan Rakyat Tambunan Datuk Victor P. Paut

TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Tambunan menyambut baik gesaan mewujudkan Autoriti Penerbangan Awam Borneo (BCAA) sebagai alternatif kepada industri penerbangan di Sabah serta Sarawak.


Ketua Penaja Gagasan Rakyat Tambunan Datuk Victor P. Paut berkata, badan itu akan mengawal selia dan menjaga industri penerbangan di Sabah dan Sarawak sekali gus menyelesaikan masalah tiket penerbangan yang mahal dihadapi pengguna di kedua-dua negeri itu.


“Masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama tanpa penyelesaian tuntas daripada pihak berkaitan.


“Justeru, kewujudan BCAA ini adalah tepat bagi menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas gesaan mewujudkan BCAA oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.


Jeffrey sebelum itu menjelaskan BCAA boleh memanfaatkan bukan sahaja Sabah tetapi juga industri penerbangan negara secara keseluruhannya dalam tempoh masa panjang.


Beliau berkata, perjalanan udara sangat penting terutamanya kepada Sabah dan Sarawak kerana pelancongan antarabangsa adalah sektor utama ekonomi kedua-dua negeri.

Yap Siong Han