Home ยป Nizam terima kunjungan hormat Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan
Berita Gagasan Rakyat Politik

Nizam terima kunjungan hormat Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan

ALBUM: Nizam bersama Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan yang hadir merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU :Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan hormat daripada Penerangan bahagian Gagasan Rakyat Kepayan di pejabat Gagasan Rakyat di sini kelmarin.

Rombongan tersebut diketuai Dr Abd Rashid Bin Hassan selaku Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan.

Nizam yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, penerangan merupakan satu jentera penting bagi setiap organisasi termasuk parti-parti politik.

“Tugas kita (penerangan) adalah untuk menghebahkan dan memviralkan berita.”

“Namanya juga penerangan, di mana ada kegelapan di situ kita di situ kita mesti menerangkan,” ujarnya dalam sesi dialog bersama jawatankuasa biro penerangan bahagian.

Beliau berharap penerangan Gagasan Rakyat Kepayan akan terus aktif menyebarkan kebaikan-kebaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri melalui media sosial.

“Jangan biarkan media sosial dikuasai oleh pihak pembangkang,” pesannya kepada Penerangan bahagian.

Ini adalah kunjungan hormat pertama Penerangan Gagasan Rakyat Kepayan kepada Nizam semenjak Parti Gagasan Rakyat dilancarkan oleh Presiden Parti Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada Mac lepas.

Turut hadir dipertemuan ini, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Datuk Mohamed Razali bin Mohamed Razi dan Timbalannya Datuk Stephen Jacob Jimbangan yang juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kepayan serta sayap-sayap penerangan Gagasan Rakyat bahagian.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment