Home » Abdul Ghapur merupakan seorang pejuang Sabah – Maijol
Politik

Abdul Ghapur merupakan seorang pejuang Sabah – Maijol

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Datuk Maijol Mahap, beliau berjumpa dengan Abdul Ghapur buat pertama kalinya ketika berumur 21 tahun .

BANDAU: Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Maijol Mahap menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima AbdulGhapur Salleh yang meninggal dunia tengah malam tadi di sebuah kenyataan di media sosial .

Di kenyataan itu beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar.

“Arwah adalah seorang daripada pejuang dari Sabah.

“Satu daripada ucapan dia di Parlimen yang saya ingat ialah dia mahu supaya kerajaan Persekutuan membina jalan raya berkembar yang dari Kota Kinabalu ke bandar-bandar utama di Sabah seperti Tawau dan Sandakan.

“Katanya, walaupun jaraknya jauh, kerajaan kena buat juga seperti di Semenanjung.

“Arwah kerap kali  “teriak” dan “tumbuk meja” apabila arwah mahu emphasise sesuatu points yang penting. Itulah semangat juangnya,” ujar Maijol yang juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kawasan Bandau.

Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Allahyarham Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh yang meninggal dunia tengah malam tadi

Menurut beliau, dia berjumpa dengan Abdul Ghapur buat pertama kalinya ketika berumur 21 tahun.

Maijol ketika itu merupakan pegawai muda berkhidmat di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan Allahyarham pula adalah Timbalan Pengerusinya.

“Arwah terkenal dengan masakan kari kambing..arwah akan membawa kari kambing di majlis makan-makan. Ramai Ahli Dewan Rakyat and Ahli Dewan Negara termasuk saya pernah merasai masakan kari kambingnya.Dia adalah Ahli  Dewan Rakyat Tawau ketika itu”
‘ katanya mengimbas kembali kenangan lalu semasa dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

“Salam simpati dan takziah kepada keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian ini” Maijol berkata di kenyataannya.

Ahli politik veteran Sabah itu meninggal dunia jam 12.07 tengah malam pada usia 80 tahun.Pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kalabakan dan ADUN Merotai. Selain daripada itu,arwah pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah pada era 90an.

— TAMAT

(Kenyataan ini di dalam group WhatsApp Ketua-Ketua Cawangan Gagasan Rakyat N6 Bandau)

Saya turut berdukacita mendengar berita pemergian Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghafur Hj Salleh.

Saya berjumpa dengan arwah buat pertama kali ketika saya berumur 21 tahun sebagai pegawai muda di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah. Ketika itu arwah adalah Timbalan Pengerusi di sana. Saya di Bahagian Personnel (sekarang HR), dan arwah mahu bantu orang-orangnya dari Tawau masuk kerja.

Berpuluh tahun kemudian, sewaktu saya menjadi Ahli Dewan Negara saya mengetahui arwah terkenal dengan masakan kari kambing di mana dia bawa masakan itu ke majlis makan-makan. Ramai Ahli Dewan Rakyat and Ahli Dewan Negara termasuk saya pernah merasai masakan kari kambingnya. Dia adalah Ahli  Dewan Rakyat Tawau ketika itu.

Arwah adalah seorang daripada pejuang dari Sabah. Satu daripada ucapan dia di Parlimen yang saya ingat ialah dia mahu supaya kerajaan Persekutuan membina jalan raya berkembar yang dari Kota Kinabalu ke bandar-bandar utama di Sabah seperti Tawau dan Sandakan. Katanya, walaupun jaraknya jauh, kerajaan kena buat juga seperti di Semenanjung. Arwah kerap kali  “teriak” dan “tumbuk meja” apabila arwah mahu emphasise sesuatu points yang penting. Itulah semangat juangnya.

Salam simpati dan takziah kepada keluarga arwah. Semoga tabah.

Datuk Maijol Mahap
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N6 Bandau
AMT Gagasan Rakyat
Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd