Home » Empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion dibina di Ulu Padas, Tenom – Hajiji
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS

Empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion dibina di Ulu Padas, Tenom – Hajiji

Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor launches the Kogopon Water Treatment Plant Phase II project site Aug. 25, 2023. (JKM pic)

PAPAR: Empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion akan dibina di Ulu Padas Tenom sebagai langkah menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, empangan yang berkapasiti menghasilkan 6,000 juta juta liter sehari (MLD) itu akan dilancarkan pada Oktober depan dan dijangka akan siap pada 2027.

“Projek berkenaan adalah usahasama diantara kerajaan negeri menerusi Sabah Energy Corporation dengan sektor swasta,” katanya selepas melancarkan Projek Loji Rawatan Air Fasa 2 Kogopon di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini juga sedang melaksanakan kajian sama ada cadangan pembinaan Empangan Papar atau Kaiduan sebagai satu lagi penyelesaian kepada masalah air, sekali gus dapat memenuhi keperluan bekalan berkenaan kepada para pelabur dan rakyat.

Berkaitan masalah bekalan air di Tuaran sehingga Universiti Malaysia Sabah (UMS), Hajiji berkata, masalah berkenaan dijangka akan diselesaikan pada penghujung tahun ini selepas isu-isu dihadapi Projek Loji Rawatan Air Telibong selesai.

Hajiji memberikan jaminan kerajaan negeri sedang berusaha sedaya upaya mengatasi masalah berkenaan termasuk di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Sementara itu katanya, Loji Rawatan Air Kogopon memerlukan RM379 juta bagi kerja-kerja naik taraf di fasa dua untuk membolehkan penghasilan sejumlah 80 juta MLD yang akan memberi manfaat kepada 160,000 pengguna di Putatan, Kinarut, Lok Kawi serta kawasan di sekitarnya.

Katanya, projek itu akan meningkatkan liputan bekalan air untuk kegunaan industri, khususnya Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) dan Presint Industri AgroSabah (SAIP) dibawah Koridor Pembangunan Sabah sehingga 2040.

“Ini akan membantu menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Pantai Barat Selatan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji juga mengarahkan jabatan air agar memantau projek berkenaan dengan teliti dan pastikan ia disiapkan mengikut jadual iaitu tiga tahun dari sekarang.

“Saya tidak mahu melihat projek itu tertangguh dan rakyat akhirnya menerima kesannya,” katanya.

— Yap Siong Han

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment