Home » Hajiji saksi majlis menandatangani perjanjian SOGDC, Gibson dan Aramco
Berita Gagasan Rakyat Politik

Hajiji saksi majlis menandatangani perjanjian SOGDC, Gibson dan Aramco

SAKSI: Hajiji menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC Datuk Harun Ismail (kiri) dan Pengarah Urusan Gibson Roger David Harrison (kanan) di Menara Kinabalu di sini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) dan broker kapal yang berpangkalan di London, E.A. Gibson Shipbrokers Ltd (Gibson) di Menara Kinabalu di sini.

Perjanjian itu membuka jalan kepada pembangunan bersama kemudahan minyak dan gas di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) termasuk pembinaan jeti khas, terminal simpanan hidrokarbon darat, loji janakuasa terapung, operasi bunkering LNG dan kapal pengangkut LNG.

SOGDC dan Gibson turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara digital untuk bekalan bahan mentah dengan Aramco Trading Singapore Pte Ltd bagi memastikan sumber mampan bagi projek berkenaan.

Projek itu dijangka menjana kira-kira 1,600 pekerjaan. 

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment