Home » Isu kesulitan berurusan di JPN Sandakan
Berita Gagasan Rakyat KENYATAAN MEDIA Politik

Isu kesulitan berurusan di JPN Sandakan

Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat,Anna Bell @Suziena Perian .

Satu berita mengenai kesulitan rakyat ketika berurusan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah Sandakan yang dilaporkan portal Sabah News Portal Today bertarikh 24 Oktober 2023.

Rakyat di daerah Sandakan menyuarakan rasa kecewa dengan sistem perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Sandakan walaupun hanya urusan untuk mendapatkan pengesahan dokumen, rakyat terpaksa menunggu berjam-jam lamanya.

Rata-rata masyarakat yang ditemubual merungut dengan tahap kecekapan sistem JPN Sandakan masih kurang memuaskan. Isu ini telah lama berlarutan dan perlu diambil tindakan segera bagi menangani isu yang berlaku.

Saya sebagai Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah(Gagasan Rakyat) dan juga sebagai rakyat Sandakan amat memahami kekangan yang berlaku sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya rakyat di daerah Sandakan.

Oleh yang demikian,saya menyeru dan berharap agar pihak Kerajaan Persekutuan mengambil serius akan permasalahan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan sekaligus menangkis persepsi negatif rakyat. Dalam masa yang sama tindakan untuk menaiktaraf perkhidmatan yang sedia ada perlu dilaksanakan bagi kemudahan masyarakat untuk berurusan.

    Sekian

    ANNA BELL@ SUZIENA PERIAN

    KETUA PENERANGAN
    WANITA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (GAGASAN RAKYAT)

    About the author

    JABT

    Add Comment

    Click here to post a comment