Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA), Sabah International Petroleum (SIP) dengan Bank Pembangunan Sabah (SDB), kedua-duanya syarikat atau anak syarikat milik KERAJAAN NEGERI! Ibarat, Kerajaan itu ibubapa dan syarikat GLC adalah anak! Kalau kamu ada anak yang bermasalah, kamu abaikan dia dan bikin anak baru dengan harapan anak baru tu berjaya ka? Begituka?
Beginika cara Presiden Warisan (DSSA) selesaikan masalah? Lari? Tapuk bawah katil? Tanam sampai pokok durian tumbuh?
Dia tanya buat apa selamatkan GLC bermasalah dan hutang-hutang legasi yang wujud jauh sebelum Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih Kerajaan Negeri. Belum wujud pun parti Warisan dan pakatan GRS, ini masalah semua suda wujud.
Tapi ini masalah membebankan NEGERI DAN RAKYAT!
100 kali kita tukar Ketua Menteri dan Kabinet pun, masalah ini TETAP AKAN MENGHANTUI RAKYAT SABAH!
Bezanya, Kerajaan GRS BERANI untuk SELESAIKAN masalah lampau ini. Kita tidak lari. Kita TIDAK TAKUT untuk selesaikan masalah lampau ini. Dan ini buktinya! Bukan sahaja Kerajaan GRS selesaikan masalah hutang lama, tapi juga berjaya membawa hasil lumayan! RM397 juta melalui Petronas LNG9, tambah lagi lebih kurang RM1.95 BILLION selama 13 tahun akan datang, tambah lagi RM271 juta daripada operasi lain SIP sejak pengambilalihan oleh SMJ Energy! Itu semua KEUNTUNGAN UNTUK NEGERI DAN RAKYAT! Mau kaitkan dengan 1MDB? Aduhai….
Tapi semasa DSSA dulu jadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, yang dia heboh-heboh dia ada “AKSES” kepada semua data dan maklumat tentang SD Bank dan SIP, dia heboh yang dia suda ambil tindakan, tapi ternyata MASALAH MASIH WUJUD! Maksudnya apa? Maksudnya TIADA APA APA YANG DIA BUAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI!
Mana kes mahkamah yang KONON dia “ARAH” peminjam untuk bayar balik hutang kepada SD Bank? Mana penyata transaksi pembayar hutang-hutang itu daripada syarikat Semenanjung itu? Walaupun tukar kerajaan, urusan kes mahkamah mesti terus dijalankan bah kalau betul ada pihak yang diheret ke muka kehakiman. DI MANA? TIADA?
Jadi betul kah dia ada buat apa-apa? Kalau setakat tulis sepucuk surat sahaja untuk minta info, itu saya yang bilis kecil ni pun boleh tulis. Saya tidak tahu apa yang dia ada buat, tapi heboh sana sini konon dia ambil tindakan.
Di Dewan Undangan Negeri pada bulan November 2023 dahulu (boleh search di YouTube untuk lihat sendiri apa dia cakap di DUN – jangan tengok TikTok hasil pihak Warisan sahaja yang sudah diedit untuk kasi up up boss dorang) Shafie cakap konon dia suda ambil tindakan.
Sekarang pandai-pandai mau suruh Kerajaan Negeri tubuhkan syarikat baharu, dan bukan ambil alih syarikat bermasalah? Amboiii!
Aku mintak maaf sebab aku LANGSUNG TIDAK FAHAM mentaliti bekas Ketua Menteri ini.
*Gordon Horace Chin merupakan Setiausaha Akhbar di Kementerian Kewangan Sabah. Beliau juga merupakan Exco Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
**Artikel ini merupakan jawapan kepada kenyataan DSSA yang disiarkan oleh akhbar The Star.
Add Comment