Home » KAJEBO 2026 raikan kepelbagaian budaya dan tradisi etnik Borneo
Berita Gagasan Rakyat • Politik

KAJEBO 2026 raikan kepelbagaian budaya dan tradisi etnik Borneo

PENGHARGAAN: Azman menerima cenderamata daripada pihak penganjur sempena perasmian KAJEBO 2026 di Keningau.

KENINGAU:Penganjuran Karnival Jiwa Etnik Borneo (KAJEBO) 2026 merupakan inisiatif penting dalam usaha memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat etnik Borneo agar terus terpelihara dalam menghadapi arus pemodenan.

Pengerusi Sabah NET Sdn Bhd, Datuk Azman Haji Ruslan, berkata usaha penganjur mengetengahkan keunikan adat resam, kesenian dan tradisi masyarakat Borneo wajar dipuji kerana mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara khazanah budaya.

Menurutnya, program seumpama itu bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan kepelbagaian budaya etnik Borneo, malah memainkan peranan penting dalam memastikan warisan berkenaan terus dihargai dan diwarisi generasi akan datang.

“Usaha seperti KAJEBO adalah murni dan amat bermakna bagi memastikan keunikan budaya, adat resam serta tradisi masyarakat Borneo terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau, yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Keningau, berkata demikian ketika menghadiri majlis perasmian KAJEBO 2026, di sini.

Azman berkata, dalam menghadapi perubahan zaman dan pengaruh pemodenan, usaha memperkenalkan warisan budaya kepada generasi muda perlu terus diperkukuh supaya mereka tidak terputus hubungan dengan akar budaya serta identiti masyarakat sendiri.

Sehubungan itu, beliau berharap KAJEBO dapat diteruskan sebagai acara yang bukan sahaja menghimpunkan masyarakat pelbagai etnik, tetapi juga menyemai rasa bangga terhadap kekayaan warisan budaya Borneo.

Menurutnya, penglibatan golongan belia dalam aktiviti kebudayaan amat penting bagi memastikan adat resam, kesenian dan tradisi masyarakat terus diamalkan serta tidak dilupakan.

KAJEBO 2026 yang berlangsung selama tiga hari menampilkan pelbagai pengisian berteraskan kebudayaan, kesenian, sukan dan warisan masyarakat Borneo.

Antara acara yang diadakan ialah Showcase Amal KAJEBO, Santai Budaya Borneo, sambutan Hari Sukan Negara, Miss National Cultural Malaysia, Traditional Food Bazaar, pameran kraftangan serta pelbagai aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan.

Penganjuran karnival berkenaan turut membuka ruang kepada pengunjung untuk mengenali dan menghayati kepelbagaian budaya etnik Borneo menerusi persembahan, pameran serta aktiviti yang mengetengahkan keunikan warisan masyarakat setempat.

Selain menjadi wadah pemeliharaan budaya, KAJEBO juga berperanan mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai etnik menerusi perkongsian tradisi, kesenian dan warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti Borneo.

Turut hadir pada majlis itu Pembantu Pegawai Daerah Keningau (Pentadbiran), Christine Tiffany Charles Lohindun; Naib Ketua Pemuda PGRS Keningau, Daniel; serta Pengerusi Penganjur KAJEBO 2026, Syahril Amin.

About the author

Elle ABT

Add Comment

Click here to post a comment