Home » Ketua bahagian Gagasan Rakyat Sindumin gesa AJK Bahagian turun padang
Uncategorized

Ketua bahagian Gagasan Rakyat Sindumin gesa AJK Bahagian turun padang

Yusof berkata pimpinan bahagian perlu bersiap sedia dari sekarang untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

SIPITANG: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin YB Datuk Dr Yusof Yacob menggesa Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat turun padang dan bergerak awal menambah keahlian di semua cawangan bahagian.

Yusof berkata sambutan warga Sindumin terhadap Gagasan Rakyat amat baik kerana parti tersebut  merupakan sebuah parti tempatan yang dapat menentukan agenda dan halatuju sendiri mengikut cita rasa rakyat Sabah di peringkat akar umbi.

“Permintaan rakyat untuk menyertai Gagasan Rakyat sangat menggalakkan, oleh sebab itu kita tidak boleh membiarkan mereka menunggu terlalu lama, melengah-lengahkan pendaftaran ahli .”

“Ini perlu dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja mendapat kelulusan untuk keahlian oleh Ibu Pejabat parti.”

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan pada sabtu kelmarin di pejabat bahagian yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua bahagian Datuk Ir Mustapa Kasim, Naib Ketua Bahagian Tuan Mohd Kassim Ali Yusop, Setiausaha Bahagian Tuan Alfred Daniel ,Bendahari Bahagian Tuan Lee Chun Kuang , Ketua Penerangan Bahagian Tuan Helmy Hj Saidin serta Ketua-Ketua Sayap Bahagian .

Gagasan Rakyat Sindumin bertekad menggerakkan usaha-usaha bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti itu melalui pelbagai pendekatan bersesuaian, selari ‘selera’ semasa.

Yusof yakin usaha-usaha itu mampu dilaksanakan kerana Gagasan Rakyat mempunyai kelebihan tersendiri berbanding parti lain dengan barisan gabungan pemimpin-pemimpin berwibawa dari golongan professional yang berpengalaman dan kumpulan kepimpinan muda di seluruh negeri.

Disamping itu,”pengundi sudah mempunyai kesedaran, hanya menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di mana Gagasan Rakyat merupakan salah satu parti komponen, rakyat Sabah khususnya warga Sindumin akan terus menikmati pembangunan” ujarnya.

— EDITOR