SANDAKAN: Penduduk Kampung Air di sini akhirnya menerima Sijil Permit Kampung daripada kerajaan.

Permit menduduki di atas tanah perkampungan milik anak negeri kawasan berkenaan diusahakan bersama oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting Datuk Chew Kok Woh, Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Sandakan Zantapha Zainal Abidin, Ketua Kampung Kg. Air Amran Sapri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Ani Awang.

Chew berkata, usaha berkenaan dilaksanakan sejak 2021, setelah beliau melantik Ketua-Ketua Kampung termasuk Amran.

“Saya mengarahkan Amran berkerjasama dengan pihak Mahkamah Anak Negeri, Unit PPM Karamunting dan JPKK Kg Air, agar laporan profil Kampung Air di kemas kini untuk kegunaan pengisuan Permit Kampung serta berkaitan.

“Saya berterima kasih kepada Zanthapa yang prihatin kepada perubahan zaman dan kemas kini nama-nama pemilik rumah yang mungkin diwarisi dari nenek moyang, datuk atau ibubapa mereka. 

“Seramai 139 pemilik rumah dan sebuah masjid akan menerima Sijil Permit. Ia akan diserahkan kepada pemilik yang telah didaftarkan pada Sabtu ini (16 Julai 2023),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sijil yang sama untuk Kampung Bokara di sini juga dalam proses dan akan diberikan kepada penduduk dalam masa terdekat.

Yap Siong Han

Previous articleGagasan Rakyat terus menerima sokongan masyarakat – Faimin 
Next articlePerlukah GRS membantu kempen pada pilihanraya negeri di Semenanjung?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here