Home » Gagasan Rakyat terus menerima sokongan masyarakat – Faimin 
Politik

Gagasan Rakyat terus menerima sokongan masyarakat – Faimin 

SERAH: Faimin (kiri) menerima borang kemasukan ahli daripada Asly (dua kanan) ketika dalam majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Ranau, Datuk Faimin Kamin menerima kira-kira 150 borang kemasukan ke parti berkenaan.

Beliau menerima borang kemasukan berkenaan daripada Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Lohan Ulu Simpangan yang diketuai oleh Asly Harun.

Majlis penyerahan itu diadakan di Pejabat Urusetia parti Gagasan Rakyat Ranau, hari ini.

Menurut Asly, kemasukan ahli baharu ke dalam parti tempatan seperti Gagasan Rakyat adalah satu isyarat bahawa parti itu semakin mendapat hati dalam kalangan rakyat Ranau dan Sabah amnya.

Katanya, kemasukan itu juga menunjukkan mereka sangat yakin dengan perjuangan dan hala tuju parti yang sentiasa konsisten menyuarakan kepentingan serta hak-hak rakyat Sabah. 

“Gagasan Rakyat adalah pilihan tepat untuk penduduk Sabah ketika ini dan saya percaya orang ramai terutama kami di Ranau juga sangat beruntung kerana memilki seorang pemimpin yang sangat berwibawa, dekat kepada rakyat serta mempunyai kedudukan yang baik dalam kerajaan Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

“Pada masa ini, kita memerlukan kestabilan dan perpaduan daripada semua untuk terus bergerak ke hadapan.

“Maka, saya yakin parti ini adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kestabilan yang sangat diperlukan,” katanya.

Beliau percaya, kebolehan serta pengalaman Masidi dalam kepimpinan daerah berkenaan dan Sabah secara keseluruhan menerusi Gagasan Rakyat berada dalam landasan tepat.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment