TUARAN: Sejumlah 10,000 hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag yang diadakan di Dewan Seri Sulaman, hari ini.
Turut menyerikan Majlis Rumah Terbuka, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Kadzim Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya.
Hadir sama Menteri-menteri Kabinet Negeri, Wakil-wakil rakyat serta para masyarakat.
Majlis yang bermula dari jam 10 petang sehingga 2 petang itu turut dimeriahkan oleh persembahan para artis tempatan dan artis jemputan, Datuk Jamal Abdillah.
— TAMAT
Add Comment