Home » Amalan kunjung-mengunjungi platform erat perpaduan
Berita Gagasan Rakyat Politik

Amalan kunjung-mengunjungi platform erat perpaduan

ALBUM: Chew (empat kanan) merakamkan gambar kenangan ketika hadir dalam rumah terbuka berkenaan.

SANDAKAN: Aktiviti kunjung-mengunjungi merupakan amalan mulia khususnya menghadiri majlis rumah terbuka.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri, amalan berkenaan akan mengeratkan lagi hubungan diantara satu sama lain tanpa mengira latar belakang seseorang itu.

“Pada pagi Hari Raya pertama lalu, saya bersama rombongan telah menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Chew berkata, pihaknya telah hadir ke rumah terbuka jemputan Datuk Seri Panglima Alipudin Puyon dan Datin Khatizah Polo.

Hadir sama Ketua Masyarakat Cina Kapitan Poon Ret Wing, Chin Nyuk Sun, Kenny Chau, David Fung Way Hou, Meng Chak Kwan, Su On Chong dan ramai lagi.

Pada sebelah tengahari katanya, beliau dan rombongan turut hadir ke rumah terbuka Ketua Kampung Kg Bokara, Abdullah Millaham dan isteri Sitti Rabiah Ujan.

Katanya, amalan seumpamanya perlu dipelihara dan diteruskan generasi masa depan demi mencapai perpaduan yang lebih erat.

 Amalan kunjung-mengunjungi perlu diteruskan.
KENANGAN: Amalan kunjung-mengunjungi perlu diteruskan.

— Yap Siong Han