KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan sumbangan Ramadan berjumlah RM100,000 kepada kerajaan negeri menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pengerusi Jetama Sdn Bhd Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma kepada kerajaan negeri. Sumbangan berkenaan adalah untuk diedarkan kepada pelbagai organisasi di negeri ini.
Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, hari ini.
Terdahulu, Hajiji turut berbincang mengenai isu bekalan air. Jetama telah menjadi konsesi yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali penyaluran bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min.
Add Comment