SANDAKAN: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting mengeratkan kerjasama dengan Pejabat Perhubungan Parlimen Batu Sapi.
PPM Karamunting Datuk Chew Koh Woh berkata, satu pertemuan diantara kedua-dua pihak diadakan baru-baru ini.
“Pertemuan diadakan bagi menyelaraskan tanggungjawab agar tidak bertindih semasa melaksanakan tugasan harian.
“Pada pertemuan saya dengan Ahli Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan sebelum ini, saya telah memohon agar dapat mengelakkan sebarang pertindihan ketika melaksanakan tugas.
“Perkongsian maklumat perlu diperkasakan demi kesejahteraan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerana turun padang mencantas dahan-dahan pokok di tepi Jalan Cecily di sini.
Katanya, kerja-kerja berkenaan turut dipantau oleh Pemaju Mukim Ricky Voon.
— Yap Siong Han
Add Comment