Home » Pemimpin GRS, GPS hadir pada Hari Penamaan calon
Politik

Pemimpin GRS, GPS hadir pada Hari Penamaan calon

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at the nomination centre at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu in Gombak, Selangor, on Saturday. Flanking him are Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Openg and Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor.
SOKONGAN: Anwar bersama Hajiji dan Abdul Rahman Zohari di Pusat Pencalonan di Selayang.

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di sini semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kehadirannya bersama Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg adalah bagi mengiringi dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong calon Kerajaan Perpaduan di tiga pusat penamaan calon.


Persinggahan pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu iaitu bagi pusat penamaan calon bagi Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.


Pakatan Harapan diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Tua dan Hulu Kelang, manakala UMNO di Gombak Setia.


Pejabat Majlis Perbandaran Selayang adalah persinggahan kedua bagi pusat penamaan calon di Taman Templer, Kuang dan Rawang, masing-masing diwakili Parti Amanah Negara (AMANAH), UMNO dan PKR bagi Kerajaan Perpaduan.


Dewan Datuk Ahmad Razali pula dijadikan pusat penamaan calon bagi Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya. Kedua-dua kerusi itu diwakili oleh PKR dari Pakatan Harapan (PH).


Hari Mengundi di Selangor dan lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan diadakan serentak pada 12 Ogos depan.

— Vivi Olviana Najurus