KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda pada Isnin lalu mengumumkan barisan exco dan jawatan kuasa sayap parti itu bagi peringkat negeri.
Menurut beliau, jawatan bagi Pengerusi Tetap disandang oleh Sahramah Jamaludin, manakala Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Halijah Din.
Katanya, jawatan Naib Ketua pula disandang oleh Aziah Atoh manakala Penolong Setiausaha Fahzean Mohiddin.
“Kita berharap barisan exco dan jawatankuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan beramanah dalam membantu parti melaksanakan pelbagai agenda dan program.
“SEBAGAI SAYAP PARTI, KITA JUGA BERTANGGUNGJAWAB MEMBANTU KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI KHUSUSNYA DALAM MEMASTIKAN USAHA MEMBELA NASIB RAKYAT DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN MENCAPAI SASARAN DAN MATLAMAT,” KATANYA.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi perjumpaan khas di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.
Hadir sama, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi.
Sementara itu, bagi barisan kepimpinan lain, Penolong Bendahari dipegang Datuk Jamaliah Antalip dan Ketua Penerangan Anna Bell Perian @Suzieana
Bagi ahli jawatankuasa Exco Wanita Gagasan Rakyat negeri ialah Datuk Surinam Sadikun, Datuk Hajah Amelia Ajun, Salmie Sarinoh, Dayang Norhayati Titing, Hasrina Wati Golkhan, Dayang Hairena Awang Basir, Hasma Nurdin, Maria Wahaya dan Saridah Ab. Lakata.
Turut tersenarai, Salmah Sait, Luvita Koisun, Sabini Ansumor, Jahiah@Jalilah Apiang, Erveana Ansari, Kathie Renjus, Aneh Jamri, Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Saturah Jamrah@Masturah, Lailawati Ahmad Bahrom @Julie dan Dg Masni Datu Saribu dan Shazlinah Lai Wun Fong.
Bagi biro-biro Wanita Gagasan Rakyat, Redonah memegang Biro Politik, Aziah (Biro Keahlian), Fahzean (Biro Latihan), Dr. Davina (Biro Kesihatan) dan Kathie (Biro Kebajikan).
Sementara Jahiah@Jalilah (Biro Pendidikan), Shazlinah (Biro Keusahawan), Lailawati @Julie (Biro IT dan Media), Dayang Norhayati (Biro Sukan dan Kebudayaan) dan Dg Masni (Biro Agama).
Masturah (Biro Wanita dan Masyarakat), Erveana (Biro Undang-undang), Luvita Koisun (Biro Perumahan dan Bandar).
Turut diumumkan ialah Ketua-ketua Penyelaras iaitu Hasrina Golkhan (Kudat, Kota Marudu), Jamaliah Antalip (Kota Belud, Tuaran), Salmie Sarinoh (Sepanggar, Putatan), Salmah Sait (Penampang, Kota Kinabalu) dan Dayang Hairena Awang Basir (Papar, Kimanis).
Sementara Datuk Surinam Sadikun (Beaufort, Sipitang), Datuk Amelia Ajun (Keningau, Ranau), Sabini Ansumor (Pensiangan, Tenom), Hasma Nurdin (Batu Sapi, Sandakan, Libaran), Dayang Norhayati Titingan (Kinabatangan, Beluran), Saridah Ab Lakata (Lahad Datu, Semporna), Maria Wahaya (Kalabakan, Tawau).
— Adib Safwan
Add Comment