KOTA KINABALU:Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Ajay Sharma, di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Kunjungan itu merupakan pertemuan rasmi pertama antara Hajiji dan Ajay Sharma sejak beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia pada April 2025.
Pertemuan tersebut bertujuan memperkenalkan diri secara rasmi kepada Ketua Menteri, di samping memperkukuh hubungan serta kerjasama sedia terjalin antara Sabah dan United Kingdom.
Hajiji mengalu-alukan kunjungan Ajay Sharma ke Sabah dan berharap hubungan baik antara kedua-dua pihak akan terus diperkasakan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat kepada pembangunan negeri.

Ajay Sharma mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan diplomatik Britain. Sebelum dilantik ke Malaysia, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar United Kingdom ke Qatar serta memegang beberapa jawatan kanan di Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan United Kingdom (Foreign, Commonwealth and Development Office – FCDO).
Turut hadir pada kunjungan hormat itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui, dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

























Add Comment