KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyampaikan sumbangan kepada 17 keluarga mangsa kebakaran Jalan Saga di Dewan Serbaguna Kampung Likas, di sini, kelmarin.
Sumbangan berupa air mineral, makanan dan wang tunai itu disampaikan oleh Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh.
Sebanyak 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Kampung Likas, musnah dalam kebakaran malam tadi menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.20 malam itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni rumah-rumah terlibat sempat menyelamatkan diri.
Hadir sama Exco Pemuda Gagasan Rakyat, Abqaree Fawwaz Abekan, Ketua Beliawanis, Emmy Martin Idang, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat DUN Likas, Syahmee Mohd. Ron serta ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Beliawanis daripada bahagian berdekatan.
โ EDITOR
Add Comment