TUARAN: Seramai 274 penduduk dari Kampung Lok Nunuk dan Kampung Baru-Baru menerima sumbangan duit raya daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di perkarangan Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk di sini.


Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung pada program Majlis Berbuka Puasa dianjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulaman.


Pada majlis sama, Hajiji turut menyaksikan YS menyerahkan sumbangan berupa tikar sejadah, lampu solar dan kurma YS kepada Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk.


Turut hadir Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Snd.Bhd (ICSB), ADUN Karamunting George Hiew Vun Zin, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Abdul Kassim Razali dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Datuk Johari Saiman.

Vivi Olviana Najurus

Previous articleWanita PGRS santuni 50 Rumah Kanak-kanak KK
Next articleKetua Menteri Terima Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Kewangan II

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here