Home » Wanita PGRS santuni 50 Rumah Kanak-kanak KK
Uncategorized

Wanita PGRS santuni 50 Rumah Kanak-kanak KK

Redonah bersama rombongan Wanita PGRS menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan asas kepada 50 orang penghuni di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu

BERINGGIS: Seramai 50 orang penghuni di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis, Papar menerima sumbangan daripada Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) hari ini.

Rombongan Wanita PGRS itu diketuai oleh Ketua Pergerakannya, Datuk Redonah Bahanda.

Menurut Redonah tujuan lawatan itu diadakan untuk beramah mesra selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim antara Wanita PGRS bersama  dengan kanak-kanak serta petugas.

Redonah menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan asas.

Beliau berkata, sumbangan tersebut diharap dapat memupuk budaya bersedekah dikalangan masyarakat sekaligus menceriakan kanak-kanak berkenaan.

Hadir sama Pengetua Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Murni Junaha,Timbalan Pengetua Inwati Musa, Naib Ketua Wanita PGRS Aziah Atoh, Penolong Setiausaha PGRS, Fahzean Mohiddin, Penolong Bendahari Wanita PGRS Datuk Jamaliah Antalip, Ketua Wanita PGRS Dun Api Api, Salmie Sarinoh, Ketua Wanita PGRS Lumadan, Datuk Surinam Sadikun serta ahli jawatankuasa Wanita PGRS Kawang dan Wanita PGRS DUN Pantai Manis.

Sementara itu Redorah turut menziarahi golongan warga emas yang uzur di Beringgis.

— EDITOR