Home » 50 anak yatim, asnaf di Sulaman diraikan
Uncategorized

50 anak yatim, asnaf di Sulaman diraikan

ALBUM: Anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan merakamkan gambar kenangan bersama Noorazmahirah.

KOTA KINABALU: Keceriaan dalam suasana semangat silaturahim dan rasa kasih sayang ini diharap menggembirakan anak yatim serta dan asnaf daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di sini pada Rabu.


Suasana riang jelas tergambar di wajah 50 orang anak-anak yatim dan asnaf apabila mereka dibawa membeli-belah di Jakel Silk House Alamesra oleh Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Sulaman.


Program Jom Shopping Raya diadakan itu turut meraikan golongan orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, asnaf, keluarga daif dan susah, anak yatim serta mualaf.


Menurut Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman, Noorazmahirah Noorzain, program itu bertujuan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik.


”Ia adalah sebahagian program kemasyarakatan untuk bersama-sama membantu dan menggembirakan anak yatim lebih-lebih lagi dalam suasana perayaan sebegini. Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman.


“Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai bahawa masih ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka sempena bulan mulia ini,” katanya semasa membawa anak-anak yatim dan asnaf ke kedai pakaian bagi membeli baju raya.


Turut bersama ahli jawatankuasa Beliawanis Sulaman serta rombongan dari Beliwanis negeri, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie M. Idang serta beberapa exco Beliawanis.


Beliau yang juga Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat menyeru pelbagai pihak lain sepatutnya turut serta membantu golongan kurang bernasib baik bukan sahaja menceriakan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi juga menanam budaya masyarakat penyayang antara satu sama lain.


Beliau berharap sumbangan itu dapat menceriakan anak- anak berkenaan yang memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing.


Seramai 50 orang penerima sumbangan Shopping Raya yang meliputi semua PDM di DUN Sulaman. Setiap seorang diperuntukan RM200 termasuk bajet shopping dan duit raya. Beliawanis turut menyumbang 10 kotak kurma kepada pihak Jakel sebagai tanda ingatan.

Kenneddy Corlleus