Home » Politik Sabah -Gagasan Rakyat kini parti politik rasmi
Uncategorized

Politik Sabah -Gagasan Rakyat kini parti politik rasmi

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dilancar secara rasmi hari ini.


Majlis disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.


Majlis yang bermula pada jam tujuh pagi dihadiri sekitar 5,000 ahli parti.


Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi menerajui gagasan rakyat pada Mesyuarat Agung Khas parti itu awal bulan ini dengan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun sebagai timbalannya.


Ketika ini Gagasan Rakyat mempunyai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk lima bekas ADUN UMNO dan empat bekas Adun Warisan yang mengumumkan keluar parti.


Ini menjadikan Gagasan Rakyat sebagai parti yang memiliki paling ramai ADUN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini selain parti terbesar dalam kerjasama GRS.

BERITA LANJUT  MENYUSUL

— AA