Kaherah (Mesir) : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam tiba di sini bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri bersama penuntut Sabah di Mesir yang diadakan pada hari ini.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo, Hajiji mengambil kesempatan untuk melawat asrama Yayasan Sabah di sini.

Dalam lawatan itu, beliau sekaligus bertemu sebahagian pelajar yang tinggal di asrama berkenaan.

Ketika lawatan, Hajiji sempat meluangkan masa mendengar pendapat, permohonan dan cadangan para pelajar yang dikemukakan wakil-wakil pelajar Sabah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi yang turut sama dijemput ke Kaherah.

Hadir sama mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar dan beberapa pegawai Kerajaan Negeri.

— EDITOR

Previous articleHubungan baik Kerajaan Negeri- Persekutuan bermanfaat untuk rakyat Sabah dari segi pembangunan dan ekonomi – Masidi Manjun
Next articleGRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here