Home ยป Hajiji himpunkan Ahli Parlimen Sabah dalam pertemuan di ibu negara
Berita GRS • Politik

Hajiji himpunkan Ahli Parlimen Sabah dalam pertemuan di ibu negara

PERTEMUAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Ahli Parlimen Sabah sempena pertemuan bagi membincangkan isu-isu semasa di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR:Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi membincangkan isu-isu semasa, di sini, hari ini.

Pertemuan itu menghimpunkan wakil rakyat daripada beberapa kawasan Parlimen di Sabah sebagai ruang perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai perkara semasa.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Papar merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui; serta Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.

Turut menyertai pertemuan itu Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Haji Bandy; Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; serta Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman, turut hadir pada pertemuan berkenaan.