PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-150 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau pada mesyuarat berkenaan turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman.

Mesyuarat itu menghimpunkan Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi membincangkan perkara berkaitan pentadbiran serta kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Sementara itu, Hajiji dijadual mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 yang akan berlangsung selama dua hari di Istana Negara, Kuala Lumpur, bermula esok.

























Add Comment