KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) menerima sumbangan komputer riba daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, sebagai usaha menyokong peningkatan kecekapan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan.
Sumbangan itu diserahkan Hajiji secara simbolik kepada Pengarah HQE II, Dr. Ferro Firdaus Ibrahim, di pejabat pengarah hospital, di sini, Khamis.
Hajiji berkata sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu memperkukuh kemudahan serta keupayaan institusi kesihatan di Sabah.
Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi melancarkan urusan pentadbiran dan menyokong kecekapan penyampaian perkhidmatan hospital kepada masyarakat.
Turut hadir Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr. Parvin Rubon Arangulavan; Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr. Eva Candra Susanti Suhali; serta Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin Jeffrey.

























Add Comment