Home » RUU Anti Lompat Parti jamin keseimbangan parti dan suara rakyat: Anna Bell Perian
KENYATAAN MEDIA

RUU Anti Lompat Parti jamin keseimbangan parti dan suara rakyat: Anna Bell Perian

Anna Bell menzahir keyakinan sebarang cadangan dan keputusan yang dipersetujui adalah hasil daripada suara dan penelitian mendalam pemimpin .

Perlaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti mampu menjamin keseimbangan parti dan suara rakyat.

Kita sedia maklum bahawa proses perlaksanaan RUU ini pasti akan mengkaji, meneliti dan mengenalpasti semua aspek penting khasnya bagi hal yang melibatkan keseimbangan parti dan suara rakyat.

Pastinya RUU itu adalah sebuah perkara yang kelak bakal menjamin pengukuhan dan keseimbangan bagi kedua-duanya (parti dan suara rakyat).Ini kerana perkara ini tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Untuk makluman bahawa RUU ini bukan sengaja dilambatkan, atau dilewatkan perlaksanaannya.

Sudah pasti memerlukan proses mengkaji, meneliti dan mengenalpasti semua aspek yang berkaitan dengan RUU itu pastinya memakan masa dan banyak hal perlu dipertimbangkan.

“Kita yakin dengan kepimpinan kerajaan, RUU ini adalah hasrat semua pihak dan tiga aspek yang ditekankan adalah menjunjung prinsip demokrasi, menghormati hak rakyat melalui proses pilihan raya dan mewujudkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan.”

RUU Anti Lompat Parti akan memasukkan peruntukan yang menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

Hal ini kita faham dan pastinya ini adalah perkara terbaik dan mandat rakyat.

Rakyat telah membuat pilihan mereka melalui undi mereka dan keputusan akhir undian adalah hasilnya.

Disamping itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor juga telah mengesahkan RUU Anti Lompat Parti dibentangkan dalam sidang DUN Sabah kali ini.

Kita yakin sebarang cadangan dan keputusan yang dipersetujui adalah hasil daripada suara dan penelitian mendalam pemimpin kita.

Kita sentiasa berdoa agar semua urusan kepimpinan dan pentadbiran negeri Sabah berjalan lancar, sekaligus perihal pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya.

*Anna Bell Perian ialah Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat (PGRS).