Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
Sabah Maju Jaya dan Salam Sayang Wanita Gagasan Rakyat
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Kita dapat berhimpun dalam medan
perjuangan ini.
Hari ini bukan sekadar pertemuan biasa
Hari ini Adalah Medan Memperbaharui Tekad Perjuangan…
Dan Hari ini juga Adalah Medan Memperkukuhkan Kesatuan Dan Masa Depan
Parti Yang Kita Cintai
Saya FAHZEAN BINTI HAJI MOHIDDIN, No. Ahli: GR002323, Penolong
Setiausaha Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Selaku Wakil Pergerakan
Wanita Negeri, berdiri di sini bukan sekadar membawa suara Wanita..
Tetapi membawa AMANAH dan HARAPAN serta SEMANGAT wanita akar umbi
yang ingin melihat parti ini terus kukuh dan relevan.
Pertamanya, setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Presiden Parti
atas kemenangan dalam Pilihanraya Negeri ke-17 serta kejayaan membentuk
kerajaan negeri yang stabil serta diyakini rakyat.
Dalam Suasana Politik Yang Penuh Cabaran,
Beliau Memilih Untuk Berdiri Teguh, Ketika Ramai Memilih Untuk Berundur,
Beliau Memilih Jalan Penyatuan , Ketika Ada Yang Mencentus Perpecahan
Dan Beliau tampil membawa keyakinan,
Ketika ramai MERAGUI masa depan politik negeri ini.
Beliau memimpin dengan visi, mengemudi dengan hikmah dan menyatukan
dengan hati.
Pantun:
Anak merbah terbang sekawan,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Kewibawaan beliau jadi pedoman,
Bijak memimpin negeri dan parti.
Hadirin yang saya hormati,
Hari ini, saya berdiri untuk menyatakan SOKONGAN PENUH…. terhadap
Cadangan Penstrukturan Semula Parti Gagasan Rakyat Sabah daripada 74
Bahagian kepada 26 Bahagian termasuk Wilayah Persekutuan Labuan seperti
yang telah dibentangkan Oleh Yang Berhormat Datuk Setiausaha Agung
Sebentar tadi.
Penstrukturan ini bukan untuk mengecilkan perjuangan atau meminggirkan
sesiapa, tetapi untuk memperkukuhkan organisasi parti agar lebih tersusun, lebih
berfokus dan lebih berkesan.
Kita mahu sebuah parti yang bukan hanya kuat pada slogan, tetapi kukuh hingga
ke akar umbi.
Daripada bergerak secara berselerak,
kita mahu bergerak dalam satu saf perjuangan yang kukuh.
Inilah masa untuk kita memperkukuhkan perpaduan parti demi memastikan
Gagasan Rakyat terus menjadi wadah perjuangan rakyat Sabah.
kita mahu perpaduan yang benar-benar Utuh,
Kukuh dari Akar Umbi, Kuat Dalam Masyarakat dan Ampuh di Pucuk Kepimpinan
Penstrukturan ini bukan langkah biasa.
ini adalah langkah berani,
langkah strategik,
dan langkah yang mencerminkan kejelasan hala tuju kepimpinan parti.
Bagi Pergerakan wanita, kami melihat perubahan ini sebagai satu ruang baharu
untuk memperkukuhkan kepimpinan wanita di setiap peringkat.
Kerana kami percaya:
Wanita bukan sekadar pengikut,
Wanita Adalah Penggerak perjuangan
Wanita Bukan Sekadar Penyokong
Wanita Adalah Pencorak Masa Depan.
Kita mahu Wanita Gagasan Menjadi Jentera Paling Tersusun, Paling Responsif Dan
Paling Dekat Dengan Rakyat
Kita Mahu Setiap Wanita Dibahagian Menjadi Suara Harapan Masyarakat
Dan Apabila wanita bangkit dengan kekuatan dan keyakinan
parti juga akan berdiri lebih gagah dan dihormati
YAB Presiden Yang Kami Hormati,
Kekalahan Beberapa Calon Kita dalam pilihan raya yang Lalu..
Bukanlah Noktah perjuangan
Ia adalah ruang untuk Muhasabah,
Ruang Memperbaiki Kelemahan
Dan Titik Kebangkitan untuk melangkah lebih kuat daripada sebelumnya.
Kita Mungkin Jatuh Tapi Kita Tidak Pernah Rebah
Kerana Setiap Kejatuhan Mengajar Kami Erti Ketabahan dan Kekuatan
Dan Setiap Kebangkitan Membuktikan Bahawa Harapan Tidak Pernah Mati
Selagi rakyat masih meletakkan harapan kepada kita,
Selagi itulah perjuangan ini wajib kita pertahankan bersama
Pantun:
Patah dahan jangan disangka mati,
Tumbuh semula lebih subur nanti;
Kita bangkit dengan penuh berani,
Mengangkat parti ke puncak yang lebih tinggi.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Ada yang mungkin melihat perubahan ini sebagai cabaran.
Tetapi bagi kita, ini adalah peluang.
Peluang untuk memperkukuh saf, memperkemas gerak kerja, dan
memperteguhkan kesatuan.
Dan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Presiden—
kita tidak hanya berubah, kita dipimpin untuk berjaya dalam perubahan itu.
Jika dahulu kita yakin kepada Presiden ketika berjuang di medan pilihan raya
sehingga membawa Kita Kepada Kemenangan,
Maka hari ini, Kita Juga mesti yakin kepada Kepimpinan Beliau Dalam membentuk
masa Depan Parti Yang Lebih Gemilang.
Kerana pemimpin yang berani membuat keputusan besar,
adalah pemimpin yang berani membawa parti ke tahap yang luar biasa.
Biar ada yang meragui langkah kita hari ini,
tetapi kita melangkah dengan penuh keyakinan—
kerana sejarah akan berpihak kepada yang berani!
Biar kepimpinan Yang Amat Berhormat Presiden terus diuji,
kerana dari ujian itulah LAHIRNYA KEAGUNGAN seorang pemimpin!
Dan Biarlah kita berdiri teguh di belakang kepimpinan ini,
kerana kesetiaan hari ini adalah kemenangan hari esok!
Hari ini Kita Bangkit Dengan Satu Semangat
Biar apa pun cabaran yang mendatang,
kita tetap sehati sejiwa,
satu suara,
satu perjuangan!
Kita tidak akan undur!
Kita tidak akan goyah!
Kita akan terus mara ke hadapan bersama kepimpinan Presiden yang kita
yakini!
Ini bukan sekadar perjuangan politik,
ini adalah perjuangan maruah,
perjuangan masa depan,
dan perjuangan untuk generasi yang akan datang!
Penstrukturan ini bukan pilihan,
ia adalah keperluan.
Kepimpinan ini bukan kebetulan,
ia adalah kekuatan.
Dan cadangan kita hari ini bukan sekadar formaliti,
ia adalah komitmen kepada masa depan parti
Dengan penuh keyakinan, keberanian dan kesetiaan.
saya selaku Perwakilan Wanita Negeri dengan ini:
MENYOKONG SEPENUHNYA, penstrukturan semula ini dilaksanakan demi
memperkukuhkan parti serta memperkasa kepimpinan Yang Amat Berhormat
Presiden Parti!
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Hormat, Salam Sayang Wanita Gagasan Rakyat
* 𝘗𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘬𝘴 𝘶𝘤𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘗𝘶𝘢𝘯 𝘍𝘢𝘩𝘻𝘦𝘢𝘯 𝘏𝘢𝘫𝘪 𝘔𝘰𝘩𝘪𝘥𝘥𝘪𝘯, 𝘗𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘞𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 𝘗𝘢𝘳𝘵𝘪 𝘎𝘢𝘨𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘗𝘎𝘙𝘚), 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭 𝘗𝘦𝘳𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘞𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪, 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘪𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘈𝘨𝘶𝘯𝘨 𝘒𝘩𝘢𝘴 𝘗𝘢𝘳𝘵𝘪 𝘎𝘢𝘨𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘗𝘎𝘙𝘚) 2026 𝘥𝘪 𝘗𝘶𝘴𝘢𝘵 𝘒𝘰𝘯𝘷𝘦𝘯𝘴𝘺𝘦𝘯 𝘈𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘚𝘐𝘊𝘊), 𝘒𝘰𝘵𝘢 𝘒𝘪𝘯𝘢𝘣𝘢𝘭𝘶, 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘩𝘢𝘥, 17 𝘔𝘦𝘪 2026.

























Add Comment