Home » Pemindahan penjaja Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai
KENYATAAN MEDIA Politik

Pemindahan penjaja Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai

YB Senator Datuk Anna Bell Perian @Suzieana merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Beliau juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) serta kepimpinan negeri atas keprihatinan dan sokongan mereka dalam memastikan kesejahteraan peniaga, pengunjung, dan masyarakat bandar Sandakan.

Kerjasama dan perhatian berterusan pihak berkuasa tempatan serta kepimpinan negeri amat penting dalam menyusun semula operasi pasar dan menguruskan aktiviti ekonomi bandar supaya lebih teratur, bersih, dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Perlu diketahui antara sebab-sebab MPS akan pemindahan dan penambahbaikan diperlukan untuk Pasar dinihari ini ialah kerana:-

1.            Kelulusan tapak sementara bagi penempatan penjaja pasar dinihari hanya bersifat sementara dan bukan tapak yang telah digazet sebagai pasar rasmi.

2.            Penjaja menggunakan lot parkir Pasar Awam, menyebabkan pengunjung pasar awam berkurangan. Penjaja sendiri telah mengadu bahawa perniagaan mereka merosot kerana kurang pelanggan. Objektifnya jelas adalah untuk menghidupkan kembali Pasar Awam sebagai pusat tumpuan pembeli.

3.            Kesesakan berlaku di kawasan pasar dan sekitar Four Point Mall, dengan pengunjung dan peniaga double parking, menyukarkan aliran trafik.

4.            Laluan ke Ormond Hotel sama dengan laluan ke pasar, menyebabkan bas pelancong tidak dapat melalui kawasan tersebut, menjejaskan imej bandar Sandakan;

5.            Aktiviti pasar dinihari juga menimbulkan masalah kebersihan dan kesesakan di pusat bandar, dengan sampah berselerak di merata tempat.

6.            Ketidakcekapan Operator swasta yang mengurus pasar dinihari untuk menjaga kebersihan, tidak mengurus secara teratur, dan beberapa kelemahan lain telah dikenalpasti.

Sehubungan itu, penjaja telah dipindahkan ke tapak baru di Pasar Bandar Ramai-Ramai, yang kini dinamakan Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai. Tapak baru ini:

1.            Lebih selesa, bersih dan selamat.

2.            Disusun secara teratur dengan kemudahan mencukupi.

3.            Memberi peluang kepada penjaja berniaga dengan lebih efektif.

4.            Menyokong matlamat pihak berkuasa untuk menghidupkan semula Pasar Awam dan Bandar Ramai-Ramai.

Oleh yang demikian, pemindahan pasar ini akan memberi manfaat kepada penjaja, pengunjung, dan masyarakat bandar Sandakan, serta meningkatkan imej bandar sebagai kawasan yang bersih, teratur, dan mesra pengunjung.

Sekali lagi, kami merakamkan penghargaan kepada MPS dan kepimpinan negeri atas sokongan dan kerjasama yang baik diberikan.

Sekian, terima kasih.

YB SENATOR DATUK ANNA BELL @SUZIENNA BINTI HJ PERIAN
Merangkap Ketua Wanita PGRS Sg Sibuga
11 Feb 2026