Home ยป Sokongan kepada komitmen Kerajaan Negeri untuk mempertahankan sumber asli Sabah
KENYATAAN MEDIA Politik

Sokongan kepada komitmen Kerajaan Negeri untuk mempertahankan sumber asli Sabah

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan .

SOKONGAN KEPADA KOMITMEN KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMPERTAHANKAN SUMBER ASLI SABAH

Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak dan sumber mineral Sabah akan terus dijaga dengan penuh integriti demi kesejahteraan rakyat.

Sebagai rakyat Sabah, saya percaya ketegasan kerajaan dalam menjaga kedaulatan sumber asli negeri ini adalah langkah penting untuk memastikan Sabah terus maju tanpa menggadaikan kepentingan alam sekitar. Mengeluarkan lesen prospecting untuk tujuan penerokaan dan kajian geomineral adalah satu hal yang biasa untuk tujuan kajian dan meneroka potensi.

Pada masa yang sama, usaha pihak tertentu untuk memanipulasi fakta melalui penyebaran video dan propaganda politik bagi mencetuskan keresahan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tuduhan palsu sebegini hanya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negeri serta mencemarkan nama baik kerajaan.

Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran YAB Ketua Menteri atas komitmen untuk mempertahankan prinsip ketelusan, keadilan, dan kejujuran dalam pengurusan sumber asli negeri.

Marilah kita semua bersama-sama menyokong usaha ini demi memastikan Sabah terus maju, stabil, dan makmur untuk generasi masa depan.

“SABAH MAJU JAYA”

YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
ADUN (N.68) Apas

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment