MEMBAKUT: Sebanyak 32 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Gegar Takraw Merdeka yang berlangsung pada 23 dan 24 Ogos ini di Dewan Kesenian Pekan Membakut.
Pengerusi Penganjur, Nor Isham Narawi berkata lebih 45 pasukan mendaftar, namun hanya 32 layak bertanding mengikut syarat yang ditetapkan.
“Kejohanan ini menawarkan Piala Penaung Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping (PAPIM), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, selain hadiah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, cabutan undi dan mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 22 Ogos, manakala pusingan awal bermula Sabtu dan final pada Ahad.
Dr Mohd Arifin dijangka merasmikan kejohanan yang turut dimeriahkan lebih 20 gerai jualan. Sebagai tanda solidariti, majlis doa untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir akan diadakan sebelum perlawanan bermula.
Johan bakal membawa pulang RM2,000 beserta piala rebutan dan sijil, naib johan RM1,000 dan sijil, manakala pemenang tempat ketiga bersama menerima RM500 dan sijil. Hadiah khas turut disediakan untuk Tekong, Killer dan Feeder terbaik dengan masing-masing membawa pulang RM100.
— TAMAT

























Add Comment