Home » Azizah kecam insiden buli, desak tindakan tegas
Berita GRS Politik

Azizah kecam insiden buli, desak tindakan tegas

SOLIDARITI WANITA GRS: Azizah bersama barisan Wanita GRS selepas mesyuarat .

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, mengecam insiden buli yang tular di media sosial baru-baru ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dengan nilai masyarakat majmuk.

Bercakap kepada pemberita di Wisma Institut Pembangunan Sabah (IDS), Azizah menegaskan budaya buli mesti dihentikan segera dan pelaku perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Buli bukan sahaja mencederakan fizikal, malah meninggalkan kesan trauma psikologi yang mendalam. Masyarakat harus bersatu menolak budaya ini,” katanya.

Beliau mendesak pihak berkuasa, institusi pendidikan dan komuniti mengambil tindakan pantas dengan hukuman setimpal, di samping memastikan perlindungan kepada mangsa termasuk kaunseling dan sokongan psikologi.

Azizah turut menekankan perlunya pendekatan holistik melalui kempen kesedaran berterusan dengan kerjasama sekolah, NGO, ibu bapa dan media bagi mengubah persepsi serta tingkah laku masyarakat.

Beliau menegaskan komitmennya memperjuangkan undang-undang dan dasar lebih tegas untuk melindungi generasi muda serta menjamin keselamatan komuniti.

— TAMAT