KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Tanjung Aru Lama dengan kerjasama Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Aru berganding bahu membaiki jeti usang di kawasan itu menerusi satu program gotong-royong baru-baru ini.
Ketua Jawatankuasa, Dr Ritchie Jay Cheng berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai keadaan jeti yang perlu dibaiki segera.

“Jeti merupakan kemudahan asas yang digunakan setiap hari. Pembaikan ini bukan sahaja memastikan keselamatan penduduk, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan dan muafakat masyarakat setempat,” katanya.
Beliau menambah, keselamatan penduduk menjadi keutamaan dan sebab itu pihaknya segera turun padang sebaik menerima aduan.
Dr Ritchie turut memberi jaminan bahawa Gagasan Rakyat Tanjung Aru akan terus menyokong usaha berbentuk komuniti yang memberi manfaat kepada rakyat, seiring aspirasi pembangunan negeri.
— TAMAT

























Add Comment