KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan lima Rang Undang-Undang (RUU) termasuk Enakmen Perbekalan (2024) 2023.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya berkata, RUU berkenaan diluluskan dengan sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun membentangkan RUU berkenan selepas dibahaskan sejak 27 November lepas.
DUN Sabah turut meluluskan empat lagi RUU termasuk RUU Enakmen Fatwa (Pindaan) 2023 dan Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 yang kedua-duanya dibentangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.
Dua lagi RUU yang diluluskan adalah Enakmen Yuran (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Enakmen Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Menteri PEmbangunan Luar BAndar Datuk Jahid Jahim.
Sesi perbahasan bagi RUU Enakmen Fatwa (Pindaan) 2023 dan Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 dikendalikan oleh Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Richard Yong Ke Wong selepas dibahaskan oleh ADUN Bugaya Jamil Hamzah, ADUN Dilantik Dr. Aliakbar Gulasan dan ADUN Kukusan Rina Jainal.
Pembentangan RUU Enakmen Yuran (Pindaan) 2023 diluluskan oleh Richard Yong selepas dibahaskan oleh ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Kadzim turut meluluskan Enakmen Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) 2023 selepas bacaan ketiga melibatkan lima pembahas iaitu ADUN Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob; ADUN Usukan Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said; ADUN Tungku Assaffal P. Alian; ADUN Kapayan Jannie Lasimbang; dan ADUN Bugaya Jamil Hamzah.
Dalam pada itu, DUN Sabah turut meluluskan pemilihan semula Datuk Bobbey Ah Fang Suan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi penggal kedua selepas dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.
–Siti Aisyah Narudin

























Add Comment