PAPAR: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sudah siap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang dijangka diadakan pada tahun depan.
Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim, berkata pihaknya sudah menyusun atur persiapan penting pergerakan itu menuju ke PRN17 nanti.
โPemuda Gagasan Rakyat merangka gerak kerja dengan menjelajah ke seluruh negeri Sabah bagi menemui penggerak dan akar umbi pemuda.
โProgram berkenaan juga bertujuan untuk menjejaki dan mendekati anak muda yang ada di negeri ini.
โKita optimis anak muda Sabah akan bersama serta menyokong Gagasan Rakyat atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN17 nanti,โ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Zon Pemuda Gagasan Rakyat, dekat sini,pada Ahad (28 April).
Mengulas lanjut, Azrul berkata kerajaan negeri diterajui GRS memperlihatkan kewibawaan dengan memimpin negeri Sabah ke arah kemajuan yang lebih dan signifikan melalui petunjuk ekonomi yang positif walaupun tempoh memerintah kurang empat tahun.
Menurutnya, antara rekod yang dicatatkan ialah peningkatan hasil kerajaan negeri tertinggi dalam sejarah tiga tahun berturut-turut iaitu RM5.49 bilion (2021), RM6.96 bilion (2022) dan RM6.97 bilion (2023).
โSelain itu, kerajaan negeri turut berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif pasca Covid-19.
โMenerusi peningkatan hasil negeri ini, kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai program dan inisiatif termasuk kepada orang muda.
โAntaranya, pengenalan inisiatif Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI), Dewan Belia Sabah dan yang terbaharu pemberian subsidi tiket penerbangan RM600 kepada pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, โ katanya.
— TAMAT





























Add Comment