Home ยป Japlin santuni penduduk, keluarga di Kota Belud
Berita Gagasan Rakyat • Politik

Japlin santuni penduduk, keluarga di Kota Belud

MENYANTUNI: Japlin meluangkan masa bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepada Haji Mancuh pada kunjungan berkenaan.

KOTA BELUD:Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Japlin Akim, menziarahi Haji Mancuh Kulah yang sedang menghadapi masalah kesihatan, di kediamannya di Kampung Pirasan, di sini, semalam.

Kunjungan itu bertujuan menyampaikan sokongan moral serta menunjukkan keprihatinan terhadap Haji Mancuh dan keluarganya yang sedang berdepan ujian kesihatan.

Japlin meluangkan masa bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepada Haji Mancuh agar terus tabah serta cekal menjalani rawatan.

Beliau turut mendoakan agar Haji Mancuh dikurniakan kesembuhan dan kekuatan, selain dipermudahkan segala urusan rawatannya. Japlin berkata ziarah seperti itu penting bagi menzahirkan keprihatinan dan sokongan masyarakat kepada individu serta keluarga yang sedang menghadapi cabaran kesihatan.