Home » ALC petanda baik kerjasama Malaysia-Brunei – Hajiji
Berita Gagasan Rakyat Politik

ALC petanda baik kerjasama Malaysia-Brunei – Hajiji

PERTEMUAN: Hajiji bersama Anwar dan wakil delegasi Malaysia semasa pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah selepas majlis menandatangani MoU di Istana Nurul Iman.

BANDAR SERI BEGAWAN: Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara Malaysia dan Brunei.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, menerusi ALC ia membolehkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama meluas dalam konteks hubungan Malaysia-Brunei yang kukuh dan juga Sabah-Brunei.

Beliau mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25 Malaysia-Brunei Darussalam yang juga pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua negara di Istana Nurul Iman di sini hari ini.

Sempena dengan ALC kali ini, pemimpin kedua-dua negara yang diketuai oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Instrumen Dua Hala antara kerajaan Malaysia dan Brunei Darussalam.

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, pertemuan itu turut membincangkan kemajuan kerjasama dua hala sedia ada.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri turut diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan serta negeri.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment