Home » Kekuatan Rakyat Sabah Apabila Semua Bersatu
Uncategorized

Kekuatan Rakyat Sabah Apabila Semua Bersatu

Hajiji dan pemimpin GRS melihat kekuatan politik Sabah dalam konteks negara, apabila sebuah parti diwakili/disokong semua lapisan rakyat Sabah, dan paling mustahak parti itu merupakan adunan aspirasi rakyat secara menyeluruh.

DATUK Seri Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan pemimpin lain yang mengemudi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara terus menerusi menyatukan rakyat Sabah rentas lapisan dan latar belakang, apabila menerima kemasukan dua parti iaitu Liberal Democratic Party ( LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) ke dalam Gabungan tersebut pada mesyuarat Majlis Tertinggi Gabungan itu pada Rabu.

Pengumuman penerimaan dua parti itu penulis perolehi menerusi laman facebook Ketua Penerangan PBS- Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu.

LDP adalah bekas komponen parti tertua BN Sabah suatu masa lalu, sebelum keluar selepas PRU-14, manakala PHRS, parti yang pernah dikemudikan oleh Allahyarham Datuk Lajim Ukin.

Matlamat Gabungan sekecil manapun sesebuah parti perlulah bersatu dalam satu ikatan, untuk mengambil iktibar sperti kekuatan seberkas lidi.

Gambaran kekuatan sebagai seberkas lidi, penulis kupas menerusi Buku Terbaharu Penulis yang Bertajuk SEPULUH JANUARI, yang bakal diterbitkan pada Mei atau Jun tahun ini.

Hajiji dan pemimpin GRS melihat kekuatan politik Sabah dalam konteks negara, apabila sebuah parti diwakili/disokong semua lapisan rakyat Sabah, dan paling mustahak parti itu merupakan adunan aspirasi rakyat secara menyeluruh.

Kekuatan mana-mana parti, apabila rakyat melihatnya mewakili mereka, dan pada masa sama menjadi sandaran untuk memperjuangkan/membela untung nasib mereka.

Dalam senario politik Sabah, nampaknya Gabungan dilihat/dirasakan ada lah parti yang memenuhi citarasa rakyat Sabah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News