Home » Sabah berada pada landasan tepat untuk membangun – Gagasan Rakyat Luyang
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Sabah berada pada landasan tepat untuk membangun – Gagasan Rakyat Luyang

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria berkata, kejayaan Kerajaan GRS bukan sekdar retorik dan rakan-rakan dalam gabungan telah bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah.

KOTA KINABALU: Pelbagai cabaran yang ditempuhi untuk menangani krisis politik, ekonomi dan kesihatan selama beberapa tahun ini namun berjaya diatasi berkat kewibaan dan kesungguhan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga merupakan presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rakan-rakan telah bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah.

“Kejayaan pencapaian kerajaan GRS bukan retorik.”

 “GRS telah mencapai banyak kejayaan sejak pemerintahannya tiga tahun yang lepas.”

”Terbukti, Sabah berada pada landasan yang tempat untuk meneruskan agenda pembangunan selaras dengan pelan  hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji sejak penubuhannya”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Luyang  di sini kelmarin.

“Kutipan hasil negeri pada tahun 2021 telah meningkat kepada RM5.449 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 51.74%.  Seterusnya pada tahun 2022, hasil negeri yang dikutip mencecah RM6.96 bilion iaitu peningkatan sebanyak 27.75%. “

Ruhsimah berkata rekod kutipan bagi kedua-kedua tahun ini adalah pencapaian yang memecahkan rekod tertinggi kutipan-kutipan hasil sebelum ini.

”Selain meningkatkan kutipan hasil keyakinan pelabur telah terbukti apabila sebanyak tiga (3) pelaburan besar bernilai RM6.9 bilion telah masuk ke negeri Sabah dalam tempoh dua tahun ini,” ujar beliau.

”Yang pertama, pelaburan syarikat dari Korea Selatan, SK Nexilis (M) Sdn. Bhd. bernilai RM4.28 bilion untuk membina kilang kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).  

“Seterusnya yang kedua adalah pelaburan daripada syarikat negara China, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. (SBH Kibing) bernilai RM2.0 bilion untuk membina kilang pembuatan kaca panel solar dan pemprosesan pasir. “

“Manakala pelaburan yang ketiga adalah daripada sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan kelapa iaitu Linaco Group di daerah Paitan bernilai RM620 juta.”

 “Menurut laporan SMJ,  dijangka ketiga-tiga pelaburan ini secara keseluruhannyaakan  menyediakan sebanyak 12,750 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Sabah.”



Selain daripada pelaburan, beliau juga turut berkongsi pencapaian kerajaan negeri dalam sektor minyak dan gas.

“Satu lagi pencapaian berimpak tinggi yang dikecapi adalah pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersil (Commercial Collaboration Agreement, CCA) dengan syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

“Melalui kolaborasi ini, negeri Sabah akan mendapatkan perkongsian hasil berkaitan minyak dan gas yang lebih besar (greater revenue sharing), penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas (greater participation and greater say), di bawah satu (1) rangka kerja perundingan (consultative framework) komersial bersama dengan PETRONAS sambil memastikan negeri Sabah mengekalkan hak perundangannya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.”

“Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah, Sabah Energy Corporation (SEC) telah menandatangani Perjanjian Bekalan Gas Asli dengan PETRONAS yang menjadikan SEC sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah.”

Menurut Ruhsimah, langkah ini akan membantu Sabah untuk maju ke hadapan dalam meneroka potensi penuh rantaian industri gas asli di negeri ini.

“Pemberian Khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul .  “

“Ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta kepada Sabah berbanding jumlah RM260 juta yang diumumkan oleh Putrajaya pada Januari lepas, yang akan dibayar secepat mungkin seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Pengerusi Jawatankuasa MA63.”

“Kerajaan Sabah ,di bawah pentadbiran presiden parti kita ,ketika ini memiliki rizab kewangan atau simpanan tunai berjumlah RM6.786 bilion .”

”Peningkatan ini adalah  suatu pencapaian yang membanggakan”, ujarnya.

Selain daripada berkongsi kejayaan GRS di bawah pelan hala tuju SMJ, beliau juga turut menyampaikan  beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan rakyat.

Antaranya” mengaktifkan agensi seperti KOSAN dan KOJASA bagi membantu rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi.

”Cadangan kedua adalah memajukan sektor Pertanian dan Penternakan secara serius dengan penggunnakan teknologi yang modern .

”Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk mengusahakan pertanian dan penternakan dan secara tidak langsung mengurangkan penghijrahan anak-anak Sabah ke Semenanjung.

Di mesyuarat tersebut Ruhsimah turut mengingatkan jentera parti agar bersiap-sedia untuk menhadapi pilihanraya negeri yang akan datang.

” Santuni rakyat, terutama sekali golongan belia.”


”Pemuda dan Beliawanis harus kreatif dan bergerak aktif untuk menarik anak muda menyokong kita.”


Dianggarkan seramai 150 ahli Gagasan Rakyat bahagian Luyang menghadiri mesyuarat tahunan tersebut termasuk barisan pimpinan bahagian dan sayap-sayap.

Turut hadir sebagai wakil negeri, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Likas  Dato Mohammad Bahrin Abd Karim dan wakil-wakil dari Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment